Hayatilah 1 kisah...
Pada suatu hari, seorang kaya telah menerima sebiji buah tembikai pemberian daripada tetamunya. Kemudian tuan ini memanggil Luqman iaitu hambanya yang paling patuh & takut padanya serta hambay yang paling dia sayangi. Sebaik Luqman ini tiba, tuan ini memotong sebahagian tembikai & memberinya kepada Luqman. Lalu Luqman memakan buah tersebut dengan penuh rasa kelazatan. Lalu tuannya memberikannya lagi. Luqman menerimanya & memakannya lagi dengan senyuman & keikhlasan. Berlaku perbualan antara tuan dan Luqman.
Tuan: Biar saya pula yang makan sebahagian yang tinggal ini untuk merasa betapa manis & sedapnya tembikai yang kamu makan ini.
Sebaik sahaja si tuan tadi menggigit buah itu, terpancar satu rasa kepahitan yang teramat sangat. Lidahnya terasa pahit, tekaknya mula terasa loya. Dia hampir pengsan dek kerana buah tembikai tersebut.
Tuan: Bagaimana kamu memakan buah sepahit racun ini ibarat kamu sedang memakan manisan yang sangat lazat? Betapa tingginya kesabaram kamu? Hanya Allah sahaja yang yahu betapa seksanya kepahitan yang kamu tanggung sebentar tadi, mengapa kamu tidak berkata apa-apa? Dan kenapa kamu tidak berterus terang sahaja kepada saya tentang kepahitan buah ini?
Luqman: Saya sudah memakan banyak hidangan yang sedap-sedap daripada tangan tuan, wahai tuanku yang tercinta tuan telah memberikan saya pelbagai kelazatan & kesenangan serta kurnia yang banyak yang telah membuatkan saya malu kepada tuan kerana tidak mungkin membalasnya. Jadi, bagaimanamungkin saya semudah itu ingin berkata buah ini pahit,saya tidak boleh memakannya, sedangkan ia juga dari tangan tuan? Malah sepahit mana pun sesuatu yang tuan berikan semuanya terasa sangat manis bagi saya kerana setiap zarah dalam tubuh saya ini subur kerana kasih sayang dari tuan. Bagaimana mungkin suatu rasa dari tangan tuan yang pemurah itu, mengalirkan rasa pahit ke dalam diri saya?
Demikianlah rasa kasih, hormat, taat & takut seorang hamba kepada tuannya. Begitu juga kita manusia. Sebagai hamba kepada Allah. Allah telah memberikan kita begitu banyak kemanisan di dalam hidup ini. Hidup ini tidak lekang dari rezeki, tidak sunyi dari senyuman & tidak sepi daripada kejutan menggembirakan. Bagaimana mungkin kita terlalu mudah menuding jari kepada Allah apabila diberi sikit ujian?
-Dalam masa 24 jam sehari, Allah kurniakan hujan hanya 20 minit, kita sudah mengeluh...
-Dalam masa 365 hari, Allah kurniakan kita sakit hanya seminggu, kita sudah mengeluh...
Seandainya kita sudah punya rasa kasih & cinta yang mendalam kepadaNya, nescaya setiap dugaan yang menimpa dirasakan manis. Malah tidak wujud sama sekali "pengalaman pahit" dalam hidup kita kerana setiap pengalaman itu adalah takdir Allah, bagaimana mungkin kita berani menyatakan apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu sebagai pahit? Semoga kasih sayang Allah terus mendampingi kita...Amiiinnnn....
Nabi s.a.w. bersabda " Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kalian & janganlah melihat orang yang lebih tinggi daripada kalian kerana yang demikian itu lebih baik agar kalian tidak menganggap rendah nikmat Allah Taa'la yang telah dianugerahkan kepada kalian "